salam,
kejap lagi saya dan en kebal akan berangkat ke kadah, sebab esok ade jemputan perkahwinan en amin ..kalau kowang nak tau sape en amin ni dengan saya dan en kebal sila baca lovestory part 1...hehehee..so plan nak g pasar malam sana ker...kompem sedap..<pengalaman dok kedah 3 tahun> makanan sana semua best-best, murah-murah ... dan orangnye semua nice .. tapi paling suke dengar loghat orang kedah...sbb xpandai buat...even kalau rakan sebaya saya cik kemar ckp loghat kelantan pon demo suke...eceh...rase mcm best je dengar nak buat xpandai ...so dengar je la...
so doakan perjalanan kami selamat sampai dan selamat pulang ...
sebelum nak g kedah ni, banyak agenda yang perlu diaturkan ...
1. Green Tea
Nak beli green tea , semalam saya beli kat carefour RM3.90 dapat 10 sachet , satu dah minum, satu dah bag kat kak asiah , tinggal la 8 sachet dan tettinggal pulak dekat opis...tu yang berhasrat nak beli lagi tuh...kowang penah minum tak green tea ? rase ? xsedap langsng , kalau minum kompem muka payau-payau , bukan muka jer, tekak pon payau .ehehe..tapi kelebihan dia ..sangat best , badan rase sehat , tetibe saya rase kaki sy xkrem lagi kalau dok lelama , dan saya rase kenyang jer dan angin keluar <nampak sangat banyak penyakit > ... pheww .. ini satu kebesttan yang amat sangat.. nak tau green tea mana yang saya minum ? Actually green tea ni ade 4 jenis perisa, tapi saya baru try yang green tea original .
disebabkan saya xdapat snap pic green tea ni disebabkan tetinggal kat opis so , saya just google ..
pic credit to tweet2theweld.
kelebihan green tea :-
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
- Membantu mengawal paras gula darah
- Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah
- Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun
- Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol
- Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Menggalakkan pembakaran lemah
- Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
No comments:
Post a Comment