roti yg digoreng & lembut walaupun dh sejuk.
Bahan-bahan ( 16 biji )
- BAHAN A :
- 1 peket (11gm) yis mauripan
- 1 Sb gula
- 1/4 cawan air
- BAHAN B :
- 500 gm tepung gandum
- 1 sk garam
- 1 sb gula
- 2 sb marjerin @ mentega
- 200 ml susu cair
- minyak utk menggoreng
- Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.
Cara-cara
-
penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
-
Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
- kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
-
Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
- tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
- selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
-
Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
-
bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
- alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
- Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!